Kaifa haluk ya nafsy?
August 18th, 2007 by interuptKaifa haluk ya nafsy?
Apa khabar wahai diriku?
Apa warna mu hari ini?
Sudah lama aku tak memperdulikan keadaan dirimu
Masih kah dirimu seperti dahulu?
Masih kah Allah menjadi kecintaan utamamu?
Masih kah nikmat iman menyertaimu?
Apa khabar wahai diriku?
Rindu rasanya
aku ingin merasakan lazatnya saat
melihat mu menangis saat mengingat
maksiat-maksiat yang mengiringi hari-hari mu.
Apa khabar wahai diriku?
Bagaimana amal-amal mu kemarin?
Apakah masih sama seperti hari ini?
Apakah kau menjadi diri yang puas dengan
prestasi amal mu yang tak pernah meningkat?
Wahai hatiku . . .
bagai mana dengan mu?
Apakah kau masih sibuk dengan
impian-impian dunia dan melalaikan bekal
akhiratmu?
Berapa banyak bahasa Allah yang kau baca hari ini?
Atau bahasa manusia menyempitkan
perkataan mu hingga kau terlena?
Apa khabar wahai diriku? Berapa amanah
yang kau sia siakan hari ini?
Wahai diriku.apa yang memberatkan
langkah mu?
Apa yang menghalangimu untuk menambah
imanmu?
Wahai diriku, betapa kau menjadi manusia
yang angkuh.betapa dirimu selalu hanyut
dalam tidur malammu yang panjang tanpa
pernah menemui Rabb mu.
Wahai diriku yang bahkan tak sanggup
melawan panasnya api dunia,
Apakah panasnya jahannam sanggup kau
tahan wahai diriku?
Apa yang membuat hati mu begitu mudah
dikotori?
Apa yang membuat lidahmu begitu menyakiti?
Apa yang menghalangimu mendapatkan cinta
Allah?
Wahai diriku . . .
cinta mana yang kau kejar?
Wahai diriku, kebahagiaan mana yang
kekal untukmu?
Wahai diriku yang egois,
wahai diriku yang penuh maksiat,
wahai diriku yang tak pernah bersyukur,
wahai jiwa yang tamak
Tuhan mana yang kau kira memberimu rezeki?
Wahai diriku, syurga tuhan mana yang kau
harapkan?
Apa kau begitu memuja keindahan dunia
yang fana
Wahai diriku yang merasa cukup
Nikmat mana yang telah kau syukuri?
Jawablah wahai diriku
terjawabkah kita???
~~WaRKaH BuaT HAWA~~
August 18th, 2007 by interupt~~WaRKaH BuaT HAWA~~
Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki. -Wallah hu alam.. wassalam…
AlFatihah or her…
July 5th, 2007 by interuptAl-Fatihah…
Pagi tadi.. kol 11.51 pagi.. ana dapat call dari mak ana… call ana nangis2.. ana pelik ape yg jadik.. pastuh mak ana bagitau yg nenek ana dah x ade… T_T so sad… Al-Fatihah for her… Moga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh nenek ana.. insya-Allah… AL-FATIHAH..
Couple Haram? ??
July 3rd, 2007 by interuptCouple.. huh, ni la trend budak2 zaman skrang… x kire la yang muslim nyer, ngan yg non muslim nyer.. huh.. naik letih mate ana tertgk maksiat depan mate.. nak tegow x de keberanian.. tapi dalam hati.. huh, hanya Allah yang tahu.. so, kat sini, ana nk taruk satu artikel pasal hukum ber’COUPLE’ neh.. so, sebagai rujukan dan pedoman.. jgn terase ek..?
Dipetik dari laman web : http://apis.com.my/apis/content/view/16/2/
Bismi-4JJ1…
Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.
Apa Itu Ber’couple’?
Ber’couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang…
berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber’couple’.
Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.
Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber’couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.
Mengapa Ber’couple’ Haram?
Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber’couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.
Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.
Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber’couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13: “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah, “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." Surah An-Nur(24) ayat 30. Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman, “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,…” Surah An-Nur(24) ayat 31. Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”* Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya’ “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”** (Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)
Daripada dua hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, keacantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.
Apa Yang Patut Dilakukan?
Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.
Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.
Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya. Firman Allah, “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” Surah An-Nuur(24) ayat 26. Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu. Firman Allah, “Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.” Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38.
Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.
Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya. Firman Allah, “Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-A’raf ayat 201.
Para pembaca adalah diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah..
Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22, “Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22). Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11 : “Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur’an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”
Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah,“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151). Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151. Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23, ” Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216,” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam..
Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ; Jodoh.
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya. “Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.
Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.-Wallah hu alam..
"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka akan dikenakan azab seksa dengan sebab mereka berlaku fasik." Al-An’Am:49
Status MLM CNI dalam Islam
June 27th, 2007 by interuptStatus MLM CNI dalam Islam
Soalan
Assalamualaikum, saya cuma mahukan kepastian ttg MLM yg dijalankan oleh CNI. Apa yg saya tahu ia tidak menggunakan sistem pyramid, ia halal atau haram?
Soalan diterima melalui sistem SMS dari nombor:
60139323xxx
Jawapan
Saya tidak pernah membuat kajian tentang CNI , cuma seorang ahli Shariah iaitu Prof. Madya Dr Hailani Muji Tahir, pensyarah Jabatan Shariah, UKM pernah membentangkn satu kertas kerja berkenaan MLM dan CNI di Seminar Fiqh Semasa di UIAM pada tarikh 6 Ogos 2004.
Justeru, saya petik beberpa point sahaja dari kajian beliau berkenaan MLM CNI.
CNI banyak melahirkan usahawan Melayu Muslim yang berjaya, tetapi persoalan yang perlu ditimbulkan di sini adakah hanya kerana MLM mampu untuk meningkatkan ekonomi umat islam, kita seolah memejamkan mata dan melupaskan kajian terperinci, ia perlu dilakukan bagi memastikan MLM ini selaras dengan Shariah. Tidak semestinya sesuatu yang diakui sah di sisi undang-undang itu selari dengan kehendak Shariah.
Begitu juga aspek keraguan seperti samsaran ala samsarah. Ini dilakukan oleh CNI, ternyata aspek ini terlalu menonjol dalam proses menaja atau merekrut ahli baru sehingga timbul istilah upline dan downline. Proses ini akan berterusan dan seseorang downline walaupun ia mempunyai upline, ia juga akan menjadi upline apabila menajaindividu lain untuk menyertai CNI.
Praktikal ini nampaknya bercanggah dengan pembrokeran yang disebut dalam Fiqh silam iaitu pembrokeran adalah satu aktiviti menjual atau membeli yang dilakukan seseorang terhadap orag lain yang berstatus pemilik ( malik) dan upah diberikan kepadanya atas usaha yang dilakukan itu dan bukan dilakukan daripada seorang broker ke atas broker yang lain. Ini adalah kerana broker bertindak sebagai orang tengah ( mutawassit) iaitu ia berperanan sebagai orang yang mempertemukan dua kepentingan yang berbeza; kepentingan pembeli dan penjual ( Muhammad Zukery Hashim, MLM Mengayakan orang atas?, Usahawan Sukses, Sept 2003, hlm 48)
Selain dari dua isu utama yang diketengahkan, isu pemberian bonus dalam CNO juga perlu diteliti. Ini kerana setiap pembelian downline, upline akan menerima PV atau BV secara tidak langsung kerana setiap akhir bulan, CNI akan mengira jumlah PV dan BV secara keseluruhannya dan ditambah dengan pembelian upline tersebut. Jika jumlah ini mencapai jumlah PV dan BV yang ditentukan, upline tersbeut akan dinaikkan pangkat dan diberikan bonus seperti yang dijanjikan. Ini menampakkan seolah-olah upline tersebut mendapat hasil tanpa melakukan usaha sewajarnya. Upline tersebut berada di atas hasil daripada PV dan BV terkumpul hasil daripada pembelian downline. Adakah perniagaan seperti ini diharuskan dalam Islam?
Walaupun ada jutawan MLM CNI seperti Zulkery Hashim menafikan system MLM mengayakan orang atas, tetapi itulah hakikatnya, semakin tinggi kedudukan seseroang dalam system MLM, semakin sedikit usaha yang perlu dilakukan tetapi semakin banyak bonus dan insentif yang diterima. Begitu juga semakin banyak PV dan BV terkumpul daripada ahli, semakin tinggilah pangkat dan bonus yang diterima. Ini kerana PV dalam CNI adalah sebagai mekanisme untuk mengukur pangkat, manakala BV pula sebagai mekanisme untuk mengukur bonus yang bakal diterima setiap bulan.
Sebagai buktinya di sini dinyatakan kaedah yang diterima oleh apa yang disebut dalam CNI sebagai peringkat Pengedar dan dinyatakan juga faedah dan bonus peringkat eksekutif. Sebagai contoh, Pengedar Emas hanya menerima bonus prestasi sebanyak 18 % dan bonus daripada syarikat antara RM 500 hingga RM 1000 berbanding Pengurus Agensi Intan Jutawan yang menerima faedah malncong dunia, Tabung insentif rumah yang boleh mencecah RM 2 juta dan bonus daripada syarikat antara RM 30,000 hingga RM 200,000.
Mungkin ada individu cuba membandingkan pendapatan dalam MLM dengan pendapatan dalam system bergaji. Dalam system bergaji, semakin besar pangkat dan kedudukan, semakin tinggi bayaran gaji yang diberikan, begitu juga MLM.
Pandangan ini perlu disangkal, keran adalam system bergaji, gaji yang diterima selarasa dengan usaha yang dilakukan. Para eksekutif dan jawatan tinggi terpaksa menggunakan daya pemikiran yang maksima untuk merancang dan menjayakan sesuatu projek. Penggunaan daya fikiran disahkan oleh kajian sains memerlukan tenaga yang lebih berbanding membanting keringat sebagai tukan kebun. Justeru gaji yang diterima oleh eksekutif selaras dengan usaha yang dilakukan.
Perkara ini tidak berlaku dalam MLM, apa yang dititik beratkan dalam system MLM iailah apabila jumlah belian daripada downlinetinggi dan mencapai tahap tertentu, upline akan dinaikkan pangkat. Perkara ini dipraktikkan dalam CNI, sebagai contohnya untuk memenuhi kelayakan sebagai Pengurus Agensi Intan Jutawan , individu hanya perlu mengumpul jumlah 100 PV untuk jualan sendiri, 500 PV untuk jualan kumpulan sendiri dan 15000 PV untuk jualan keseluruhan rangkaian dowlinenya ( CNI, rancangan perniagaan, hlm 2). Untuk mendapat 100 PV individu tersebut hanya perlu berbelanja lebih kurang RM 120 dan yang lain adalah hasil pembelian dowlinenya. Ini menampakkan usaha yang dilakukan tidak setimpal dengan ganjaran yang diterimanya
Itulah serba ringkas petikan dari kajian Prof. Madya Dr Hailani Muji Tahir, Pensyarah Jabatan Shariah, UKM
Ia secara sepintas lalu mendedahkan beberapa keraguannya dalam operasi CNI. Saya tiada sebarang komen lanjut, cukup sekadar mengemukakan kajian Prof, Madya itu. Sebarang ketidapuasan hati, sila kemukakan kepada Prof. Madya sendiri dan bukan kepada saya.
Untuk pembacaan lanjut tentang Hukum MLM, Sila buka di sini MLM
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
27 Jun 2007
Dipetik dari laman web : www.zaharudin.com
OIC kian lesu, apa peranan Malaysia?
June 22nd, 2007 by interuptOIC kian lesu, apa peranan Malaysia?
Apa lagi berita sugul yang dihidangkan? Serangan tentera Amerika kian ganas, dan pertempuran sesama Muslim di Iraq kini meragut ratusan nyawa setiap bulan. Warga Iraq yang berpindah dan mengemis di luar negara menjangkau empat juta orang.
Di Afghanistan, pembedilan tentera Amerika mengorbankan kanak-kanak di madrasah. Hamid Karzai tidak berupaya mentadbir tanpa dukungan tentera Amerika dan NATO. Kawasan tadbir mereka tertumpu di sekitar Kabul.
Tindakan Amerika dan Israel menolak pemerintahan demokratik pimpinan HAMAS cukup mengaibkan. Bangsa Arab dan umat Islam terus dihina. Walhasil bukan penyelesaian yang dicapai tetapi penghakisan kuasa rakyat Palestin. Mengapakah dijadikan beban dan kerja sukar sekadar berunding dengan HAMAS?
Di Pakistan, tindakan Pervez Musharaf menyingkir ketua hakim yang mengakibatkan kegawatan politik dipertahan oleh pentadbiran Amerika.
Di sebaliknya pentadbiran demokratik Parti Keadilan (AKP) pimpinan Perdana Menteri Erdogan dibiarkan terus berentap dengan ugutan pihak tentera Turki tanpa sebarang kenyataan
mempertahan hak rakyat dan demokrasi Turki. Semua isu panas tersebut memberi bahang ke lubuk hati umat islam dan pencinta keadilan. Negara Islam membisu lagi. Dan OIC seolah-olah tidak berdaya sama sekali.
Peranan Malaysia - tunggu dan lihat! - 22 Jun
II. Catatan: Dari The Hague ke Brussels
Saya tiba di Belanda atas undangan institut parti-parti politik Belanda, Free University Amsterdam. Belanda yang selama ini mengamalkan dasar toleran terhadap masyarakat Islam sekonyong-konyong memberi liputan negatif terhadap Islam. Ini berpunca daripada kes pembunuhan Seniman Van Goh dan hebahan kes wanita Muslim yang bangga meninggalkan Islam dengan menyerang Ulama’ dan Hukum Islam.
Dalam empat pidato yang disampaikan termasuk pidato tahunan anjuran institut terkemuka, dan di Kementerian Dalam Negeri Belanda, saya menyelar sikap angkuh barat terutamanya Amerika Syarikat seperti mana yang berlaku akibat penaklukan Iraq, kegagalan di Afghanistan, dukungan terhadap Israel yang terus menindas rakyat Palestin serta sikap selingkuh terhadap Iran kerana keupayaan tenaga nuklear sementara melayani karenah Israel dengan tenaga nuklearnya.
Soalan dibangkit berkaitan syariah dan maqasid, demokrasi dan kebebasan, ekonomi dan pembangunan Dunia Islam. Saya juga banyak ditemubual TV dan media Belanda.
Hubungan Belanda dan Indonesia kini lebih akrab dan saya menggalakkan mereka membantu ransangan ekonomi dan pelaburan, membantu lembaga swadaya masyarakat termasuk badan-badan Islam serta mengambil langkah memperkukuh institusi negara seperti badan kehakiman.
Kesilapan besar Amerika dan Eropah di antara lain adalah kerana memencil gerakan rakyat dan hanya memilih kelompok kecil yang bersuara mirip lagak Barat.
Saya kemudian menaiki keretapi dari The Hague ke Brussels kerana menyampaikan pidato umum anjuran Lembaga Eropah dan Yayasan Sasakawa. Kali ini banyak persoalan yang dibangkitkan mengenai Malaysia kerana judul ucapan adalah Demokrasi Di Asia tenggara. Bagi saya isu kebebasan agak muram durja lantaran kegawatan politik Filipina, rampasan kuasa Thailand dan kelembapan pentadbiran kerajaan Malaysia.
Baik juga dengan kehadiran tiga perisik dan pegawai Malaysia di sebelah belakang dewan. Pihak penganjur memberitahu bahawa pegawai tersebut enggan mendaftar diri sebagai peserta.
Kalau mahu pun saya tak berhalangan.. - 21 Jun
* Petikan http://www.anwaribrahimblog.com/
Ustaz Fadzil Noor dalam kenangan
June 22nd, 2007 by interuptSumber : www.harakahdaily.net
USTAZ FADHIL NOOR DALAM KENANGAN
Peristiwa 23 Jun 2002 tetap bersemadi dalam memori seluruh umat Islam luar dan dalam negara kerana pada tarikh tersebut perginya idola tersayang, Presiden PAS, Dato’ Fadzil Mohd Noor.
Almarhum meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi.
Almarhum menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu Alhamrhum dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada.
Pemergiannya ditangisi, jasa dan ketokohan Almarhum tiada tolok bandingnya.
Kini lima tahun sudah berlalu, namun memori bersama Almarhum tetap dalam berada dalam lipatan kenangan.
Setiausaha Agong PAS, Dato’ Kamaruddin Jaffar sentiasa mengenang jasa dan ketokohan Almarhum dan yakin seluruh ahli dan kepimpinan PAS turut merasainya.
Beliau yang dihubungi kagum dengan kehebatan dan kepintaran Almarhum memimpin parti dalam menghadapi pelbagai cabaran dari tahun 1990 hingga pertengahan 2002.
Katanya, kejayaan Almarhum memimpin PAS dalam suasana mencabar itu dan telah membawa kemenangan terbesar kepada PAS adalah satu fakta sejarah yang tidak dapat dinafikan.
Almarhum juga tambah beliau, dapat memberikan gambaran yang tepat berkenaan konsep kepimpinan Ulama dan ia tidak dapat ditandingi oleh tokoh lain.
Kamaruddin berharap ahli dan pimpinan PAS sentiasa memperingati dan mengkaji cara Almarhum memimpin parti selama berpuluh-puluh tahun dengan berbagai-bagai jawatan.
Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyifatkan Almarhum cukup `friendly’ walaupun beliau seorang pimpinan tertinggi parti.
"Bagi ahli PAS banyak kenangan manis yang patut dicontohi. Almarhum mempunyai sifat `kebapaan’ jika berjumpa muslimat tidak lupa bertanya hal suami," katanya.
Menurut beliau kepetahan Almarhum ketika berdebat dan berceramah memang tidak dinafikan, mudah-mudahan pimpinan PAS seterusnya dianugerahkan oleh Allah mempunyai sifat yang dimiliki oleh Almarhum.
Kepada kaum keluarganya kata beliau, seharusnya berusaha untuk menjejaki langkah meneruskan perjuangan Almarhum.
"Sama-samalah kita kirim al-Fatehah kepada roh Almarhum semoga kita yang akan mengikutinya dipilih oleh Allah termasuk dalam golongan orang yang soleh dengan kerana melaksanakan perjuangan ini kerana Allah," katanya.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berikrar untuk cuba bersungguh-sungguh melangsungkan hasarat dan cita-cita Almarhum mengaplikasikan pendeakatan perjuangan dan menjadikan PAS sebagai sebuah wadah perjuangan yang boleh diterima oleh masyarakat Malaysia.
Menurut beliau, Almarhum telah berjaya meletakkan diirnya bukan sekadar pimpinan PAS tetapi rakyat di luar sana.
Katanya, Almarhum merupakan seorang reformis yang memiliki keberanian untuk melakukan beberapa anjakan paradigma dalam menentukan pemikiran dan hala tuju perjuangan parti.
"Almarhum merupakan contoh ulama kontemporari yang sentiasa menjadikan pengetahuan sebagai asas dalam mendepani cabaran perjuangan," jelasnya. - mns
Kewajipan Mengundi Mengikut Syara’
June 21st, 2007 by interuptDipetik dari : www.parti-pas.org
Kewajipan Mengundi Mengikut Syara’
Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud :
“mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.
Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:
“Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”. Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.
Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam
Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:
“Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.
Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.
Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal
Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara’ atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali?
Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:
Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:
Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).
Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.
Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.
Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam
Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.
Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.
Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah ‘ammah’ di masjid Al Nabawi.
Baiah ‘ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.
Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam
Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
“Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.
Antara maksud lafaz baiah itu ialah:
“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.
Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta’ala, maksudnya:
“Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)
Firman Allah lagi, maksudnya:
“Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)
Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:
“Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)
Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.
Mendaftar Diri Sebagai Pemilih
Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.
Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majoriti). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.
Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:
“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.
Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.
Kesimpulan dan Penutup
Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.
Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.
“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”
Hukum FULUS MANIA
June 14th, 2007 by interuptPetikan dari www.zaharuddin.com
Hukum FULUS MANIA
Soalan
Apa pandangan ustaz tentang hukum fulus mania di sebuah rancangan televisyen di Malaysia?
dari : 013-880 xxxx
Jawapan
Sebelum memberikan komen, berikut disertakan info berkenaan skim Fulus Mania ini
Fulus Mania! (dahulunya dikenali sebagai Durian Runtuh) merupakan sebuah rancangan interaktif di XXXX. "Fulus" bermaksud duit dalam bahasa Arab.
Penonton boleh menjawab soalan dengan menghantar SMS atau melalui talian tetap. Namun, penonton yang ke-100 sahaja akan diberi peluang keemasan itu daripada semua yang mencuba nasib itu dengan syarat jawapannya mestilah tepat dan tidak bercanggah dengan jawapannya seperti memberi jawapan dalam bahasa selain bahasa Melayu. Sekiranya penonton ke-100 yang pertama tidak dapat menjawab dengan betul maka permainan itu akan dibuka pula kepada penonton ke-100 seterusnya yang akan dihubungi pada bila-bila masa untuk memberi keadilan kepada semua penonton yang mencuba nasib juga mengatasi ketidakpuashati yang dialami penonton sekiranya format pemanggil dapat menjawab selepas tamat sesebuah tempoh yang diberikan dilaksanakan secara terus-menerus maka sebab itulah ia ditukar. Permainan akan tamat apabila jawapan dapat dijawab dengan betul ataupun masa rancangan sudahpun hampir tamat. Setiap pemenang akan diberikan sejumlah wang serta hadiah yang ditawarkan(berubah-berubah secara terkini). Perubahan nama rancangan ini telah diubah pada bulan Mac 2007
Sumber : Wikipedia
FULUS MANIA
Fulus Mania is an Interactive Quiz Show SMS Contest ("Contest") that begins from 12 th February 2007 until 31st January 2008, shown on XXXX.
This show allows you to win cash prizes daily from Monday to Friday from: a.11am to 12noon , and b. 3.30pm to 4pm . Every weekday, Fulus Mania offers up to RM 3000 in cash prize. Your bubbly and cheerful hosts will guide you on how to join this game. All you need is your mobile phone with enough credit and / or your fixed TM telephone line. Who knows you can be a few hundred richer today! How To Win? 1. SMS: Keying in FM and send it to 32999. ( Open to all mobile subscribers of Maxis, Digi and Celcom)
To enter the Contest, the Contestant must tune in to the show and register for the Contest by:
2. TM fixed line: Calling 13777. Available only to Telekom Malaysia fixed line users. (Call cards for example Ring- ring Card is not acceptable)
All the users will be charged a premium of:
1. SMS: RM3.00 on top of the normal SMS charges.
2. Fixed line: RM3.00 per successful call.
The fastest 100th participant from any of the medium (SMS or fixed line) for each puzzles will be selected and called. Should he / she correctly answer a question that is announced on the Show, he / she will win the said prize as mentioned by the host.
sumber : ASTRO
Hukum skim begini adalah haram tanpa syak lagi, kerana ia bersifat perjudian, iaitu :-
a) Iaitu membayar yuran tertentu melalui sms dan telefon sebagai yuran penyertaan, dan berharap nasib agar anda terpilih sebagai 100 peserta tercepat.
b) Jika terpilih, peserta diperlukan menjawab soalan tertentu pula yang terdedah kepada gagal menjawab atau berjaya bagi mendapatkan hadiah.
Kedua-dua unsur ini apabila dibuat secara berbayar dan bayaran itu boleh hangus, adalah jenis perjudian tanpa khilaf lagi.
Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy atau Kesatuan Fiqh Sedunia dalam sidangnya ke 14 pada 8 - 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1) telah memutuskan bahawa membayar harga telefon atau SMS yang tinggi (lebih dari biasa) kerana ingin memasuki sesuatu pertandingan untuk memenagni sesuatu adalah haram kerana kerana judi.
Ia tidak sama dengan sms yang dinaikkan harga bukan untuk menyertai pertandingan untuk memenangi sesuatu hadiah kerana ia tiada unsur Judi dan tiada apa yang ingin dimenangi.
Sekian
Ust Zaharuddin Abd Rahman
6 Jun 2007
